SHORT VACATION CAMERON HIGHLANDS

Dah lama tak update blog kan. Umi sangat-sangat busy dengan work and hal pindah rumah ni. Biasalah orang kata work ni makin tinggi pangkat makin tinggilah komitmen nya. (umi tak adalah tinggi pangkat pun..hahaha) Ni semua perumpamaan je.

Sambung balik bab short vacation ni request by encik suami. Suami memamg request nak pergi Cameron Highlands. Urusan tempahan semua seperti biasa umi la uruskan since encik suami memang failed sikit bab booking-booking ni...hahaha

So apa lagi, book hotel dekat tempat favourite la Agoda...hehe. Pilih punya pilih tersangkutlah dekat satu hotel ni. Disebabkan dah berhari-hari pilih so akhirnya buat keputusan terus memandangkan tarikh nak pergi dah semakin hampir iaitu 3 September 2017. Tengok review pun not bad.


Ni lah hotel nya

Memang tak mengecewakan duduk hotel ni. Umi bagi 4 Star. Bagi umi hotel ni puas hati. Cuma bab parking failed sikit memandangkan hotel ni terletak dekat kawasan yang dikelilingi hotel-hotel lain dan hot spot orang mencari penginapan area sini.

Gambar dalam hotel umi tak sempat ambil memandangkan memang rushing sgt dengan budak-budak lagi...boleh cuba google ye, nanti boleh view gambar..dalam Agoda pun ada gambar dalam hotel ni...Umi ambil bilik katil king so muat lah kami berempat.

Hotel ni tak ada lift tau..so kalau dpt bilik tingkat 2 mengah jugakla hahaha

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.